Sunday, 9 March 2014

Terkini ; Pesawat Boeing 787 Jepun Mendarat Cemas


Tokyo: Sebuah pesawat Boeing 787 milik Syarikat Penerbangan Jepun, melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Honolulu selepas tekanan minyak enjin sebelah kanan pesawat menurun, menurut kenyataan syarikat itu.

Pesawat dua enjin itu dalam perjalanan ke San Francisco dari Tokyo terpaksa menuju ke Honolulu dan mendarat pada jam 1.43 tengah hari waktu tempatan kelmarin dengan 160 penumpang dalam penerbangan, menurut jurucakap berkenaan. Tiada kecederaan dilaporkan.

-BH

foto hiasan

No comments:

Post a Comment