Sunday 23 March 2014

#MH370 ; Talipinggang Pesawat Di Jumpai


Misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi kian ‘mendebarkan’ apabila Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan serpihan kecil atau objek yang ditemui setakat ini bukan sahaja palet kayu tetapi juga tali pinggang berlainan warna.

Objek berkenaan ditemui sebuah pesawat awam yang terbabit dalam misi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan terpencil di Lautan Hindi, semalam.

Penyelaras Operasi pesawat AMSA, Mike Barton dilaporkan berkata, “Sebahagian daripada objek itu ialah palet kayu dan sejumlah barangan lain serta tali pinggang berlainan warna di keliling dan tali pengikat berlainan ukuran.”

Misi SAR dijalankan di Lautan Hindi selepas Australia mengumumkan penemuan dua objek termasuk sebesar 24 meter pada 16 Mac lalu oleh salah satu satelitnya.

Empat pesawat kemudiannya dikejarkan ke Lautan Hindi untuk mengenalpasti objek berkenaan namun pesawat P-3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dikatakan gagal mengesan serpihan berkenaan sebelum ini kerana hujan dan awan tebal menghadkan jarak penglihatan. - MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment