Monday 24 March 2014

#MH370 ; Foto Pilu Di PWTC...



Gambar ahli keluarga mangsa sedih di eskalator PWTC berikutan pengesahan PM Najib ia hilang terhempas di Lautan Hindi. Ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan rancangan sedang diatur bagi menerbangkan mereka dengan pesawat khas ke Australia.

Ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diter-bangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Sementara itu, pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh MAS kepada keluarga terlibat memberitahu bahawa tiada penumpang yang terselamat.“Dengan penuh rasa kesal, Malaysia Airlines percaya bahawa tidak syak lagi MH370 telah hilang dan tiada yang terselamat.”

sumber

Aakj ; yaa selama lebih 2 minggu Aakj bersama sahabat yang lain dalam dunia maya mengikuti rapat insiden penuh misteri ini dan terasa hiba dan sayu yang tak mampu d ukir dengan kata-kata..apalagi pada keluarga penumpang pesawat misteri ini..Aakj amat bersimpati..takziah dari kami..semoga Allah cucuri mereka dengan rahmatNya..aminn

No comments:

Post a Comment