Saturday 22 March 2014

#prkKajang LIVE ; Keputusan PRK Kajang


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada hari ini dijangka diumumkan selewat-lewatnya pukul 9 malam, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

“Sekiranya proses pengundian dan pengiraan undi berjalan lancar pada hari berkenaan, keputusan itu akan dibuat paling lewat pun pukul 9 malam,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat pengundian awal di Rumah Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan 240 botol dakwat kekal untuk dicelup pada setiap jari pengundi di kesemua pusat mengundi seluruh DUN Kajang pada 23 Mac.

“Kami menyediakan jumlah itu sama seperti dua PRK lepas iaitu di Sungai Limau, Kedah dan Kuala Besut, Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment