Thursday, 20 March 2014

Terkini Seremban ; Foto Mangsa Di Bunuh & Di Simen !!




SEREMBAN – Mayat seorang ahli perniagaan ditemui dalam sebuah tong plastik yang telah disimen di tepi jalan dekat Bukit Pelanduk, Lukut, Port Dickson di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang dilaporkan hilang di Cheras kira-kira tiga bulan lalu, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke kawasan berkenaan sebagai cara menghilangkan bukti.

Bagaimanapun, tindakan itu gagal apabila polis berjaya menahan enam suspek termasuk seorang wanita warga Thailand di Lembah Klang, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, penemuan itu berdasarkan petunjuk dua daripada suspek terlibat yang mengaku membunuh ahli perniagaan itu, sebelum menunjukkan lokasi mayat disembunyikan kepada polis.

Menurutnya, tong setinggi kira-kira 1.2 meter itu kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini sebelum anggota bomba dipanggil semalam, bagi membantu mengeluarkan mayat yang sudah disimen.

Lagi Foto Ngeri d SINI

No comments:

Post a Comment