Wednesday 26 March 2014

Terbaru ; Foto Enjin Malindo Air Terbakar !!





Kemenangan pasukan bola sepak Terengganu bertukar tragis apabila pesawat penerbangan Malindo Air yang mereka naiki terpaksa berpatah balik kerana enjin turbin pesawat terbakar.

Pemain tengah Terengganu Faiz Subri menyiarkan gambar turbin yang terbakar dan berkata pesawat itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

Kesemua mereka di dalam kapal terbang selamat.

Kapal terbang itu dijadualkan kembali ke Kuala Terengganu pada Rabu selepas pasukan Terenggau menewaskan ATM FA 3-0 di Stadium Selayang pada Selasa.

Menurut Terengganu FA, pasukan itu mengambil penerbangan pagi ini dan salah seorang daripada ahli kakitangan berkata pemain-pemain telah menyiarkan gambar-gambar di laman media sosial mereka.

Sementara itu, Malindo Air dalam satu kenyataan media mengesahkan kapten penerbangan itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang setelah telah sistem pengesan kebakarannya memberi amaran kebakaran.

Ketika itu penerbangan berada di paras 7,000 kaki.

Baca selanjutnya d SINI

No comments:

Post a Comment