Friday, 21 March 2014
Lim Kit Siang : Gurauan Bodoh Nenek Jijah Jadi PM
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baharu sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang seandainya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bertanding pada PRU14 berikutan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Kenyataan Kit Siang itu pasti mengundang kecoh sekali lagi kerana penyokong PAS sebelum ini bertegas bahawa pemimpin mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU14.
“Jika pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam PRU14, negara ini mungkin mendapat Perdana Menteri wanita yang pertama khususnya jika Anwar hilang kelayakan bertanding. Tiada calon lebih baik dari Wan Azizah (untuk menjadi Perdana Menteri selain Anwar),” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Kit Siang meminta pengundi Kajang memberi undi kepada Wan Azizah pada Ahad ini sebagai tanda keyakinan terhadap keupayaan beliau menjadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.
Beliau turut meminta pengundi kajang menjadikan bandar itu seperti ibu kota kuno Dinasti Song, Kaifeng yang mempunyai hakim yang bersih dan adil iaitu Hakim Bao pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini.-newshub
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment