Thursday, 27 March 2014

Terkini ; PM Saksi Perjanjian Damai Filipina-MORO..Akhirnya Telagah 40 Tahun !



Alhamdulillah akhirnya pertelagahan selama 40 tahun antara Kerajaan Filipina dan Pejuang Pembebasan MORO berakhir dengan perjanjian damai antara keduanya d tandatangani hari ini.

Seluruh dunia tahu Malaysia adalah negara yang menjadi "orang tengah" sejak sekian lama..tanpa jemu memujuk kedua pihak agar berdamai kerana bukan seorang dua nyawa yang jadi taruhan selama masa tersebut.

Syabas dan Tahniah kepada yang terlibat..

Foto..maaf foto snap dari TV

#MH370 ; Hadi Awang Yakin MH370 Di Rampas??


Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya. – Sinar Harian

#MH370 ; Pas Perak Selar Raja Bomoh, Syirik & Khurafat !!


Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak hari mendesak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertindak ke atas ‘Raja’ Bomoh’, Datuk Ibrahim Mat Zin kerana didakwa melakukan perbuatan khurafat dan syirik di Perak.

Ketua DPP Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam nada tegas berkata, tindakan segera perlu dilakukan ke atas Ibrahim kerana ‘Raja’ Bomoh’ itu masih berani meneruskan perbuatan itu di Perak meskipun dikritik ramai pihak sebelum ini.

“DPP Perak kecewa perbuatan khurafat dan syirik dilakukan di Perak walaupun Mufti negeri, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria telah menegur agar ‘Raja’ Bomoh’ bertaubat kerana perbuatannya bercanggah dengan Islam.

“Terbaru, tersebar video ritual ‘Pencarian MH370′ oleh Ibrahim di Pulau Sembilan yang terletak berhampiran dengan Bandar Manjung yang dikatakan ‘menyeru’ agar ‘mayat-mayat’ MH370 timbul amat mendukacitakan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Raja Ahmad mempersoalkan kegagalan (JAIPk) bertindak ke atas perkara itu sedangkan perbuatan `Raja Bomoh’ itu jelas bercanggah dengan ajaran agama, khurafat serta syirik.

Dakwanya, jika tiada sebarang tindakan diambil ke atas Ibrahim sekadar mengambarkan seolah-olah `Raja Bomih’ memang `kebal’ dan tidak boleh `disentuh’ oleh mana-mana pihak.

Mynewshub.my hari ini melaporkan Ibrahim dan pengikutnya mengadakan satu lagi ritual baru di Pulau Sembilan yang kononnya bertujuan untuk menyeru mayat untuk timbul.

Antara aksi mereka termasuklah meneropong dan menarik ‘sesuatu’ menggunakan objek berbentuk tongkat.

Apa yang kurang enaknya, salah seorang pengikutnya turut melaungkan azan sewaktu ritual tersebut. – mynewshub.my

#MH370 ; "Fuc* U Malaysia, We Want To Know The Truth" - China Bodoh !!


Perang provokasi melampau dah bermula..bukan setakat sebilangan kecil ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang berdemo gila d depan Kedutaan Malaysia d Beijing..Artis China dan segelintir rakyat China dah mula buat onar berdemokrasi..

Mereka lupa kerajaan mereka sendiri bersama dalam misi pencarian ini malah teruskan akujanji akan bersama negara-negara lain untuk selesaikan kemelut misteri ini.

Aakj saja letak foto kat atas tu..ada pihak dok siram minyak tanah..tuuuiHHH !!

Wednesday, 26 March 2014

Foto Berbelas Pengsan Di Ceramah Politik Raja Dangdut !!



JAKARTA: Kempen politik bakal calon Presiden Indonesia dari Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Rhoma Irama, kecoh apabila berbelas orang pengsan ketika Raja Dangdut itu menyanyi di Lapangan Maron, Genteng, Banyuwangi pagi semalam.

Insiden tercetus ketika Rhoma yang diiringi Soneta Group, membuka kempen politiknya menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) 2014, dengan mendendangkan lagu berjudul 'Persatuan' dalam keadaan cuaca terik.

Walaupun cuaca panas, ia tidak menghalang ribuan penyokong PKB dan peminat setia penyanyi tersohor itu, untuk bersama-sama berjoget mengiringi persembahannya.

Ketika menyampaikan lagu kedua berjudul 'Bhinneka Tunggal Ika', seorang demi seorang penyokong penyanyi terkenal itu, yang majoritinya wanita jatuh pengsan.

Keadaan itu memaksa petugas keselamatan dan penyokong lain, segera mengusung keluar mereka yang pengsan dari padang yang penuh sesak itu.

Seorang penyokong PKB yang pengsan itu, Lisna berkata cuaca yang sangat terik menyebabkan dia tidak mampu bertahan sehingga membuatkannya rebah.

"Anak saya yang belajar di sekolah rendah juga ikut sama menghadiri kempen politik ini. Selepas Bang Rhoma nyanyi, orang ramai mula berjoget. Akhirnya saya dan anak terperangkap dalam kesesakan orang ramai," katanya.


Bernama

#MH370; Ahli Keluarga Mula Hasrat Saman Boeing & MAS

Lebih Ramai Hubungi Firma Guaman Chicago Untuk Saman Boeing Dan MAS

Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal.

Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas.

Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu.

Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.

Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia.

Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.

“Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.

Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya.

“Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.

“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.

#MH370 ; Foto Artis China Seru Boikot Produk Malaysia !!

Warga China Seru Boikot MAS & Barangan Buatan Malaysia Termasuk Selebriti

Kedutaan Malaysia ke China pagi ini, mengeluarkan notis amaran keselamatan warganegara Malaysia yang berada di Beijing.

Persatuan termasuk Presiden Student_Union Malaysia ke China, Kwok Ching Ching, mengesahkan menerima notis amaran tersebut daripada pihak kedutaan Malaysia Dimaklumkan, sekumpulan warga China akan mengadakan demonstrasi dengan panji-panji yang memaki hamun MAS dan Malaysia di depan Kedutaan Malaysia di negara itu.

Lebih buruk lagi, selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Aakj; China lupa produk mereka banyak d sini..sekali kita himbok buang dalam longkang..ada yang kebulur tak makan..tak perlulah buat perangai budak-budak..anda tu negara je kaya..ramai lagi rakyat yang miskin..